PN SAMSIAH
BINTI
GURU PENOLONG KANAN PPKI
PROJEK KHAS PPKI
BERBUDI KEPADA TANAH
Murid-murid Progran Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mempelajari cara-cara bercucuk tanam di kawasan sekolah kerana ia merupakan salah satu kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran mereka. Ia bertujuan untuk melatih mereka berdikari, meningkatkan psikomoto dan juga beberapa kemahiran asas lain yang dapat mereka terapkan dalam kehidupan mereka akan datang.
PPKI SK Bukit Jana sangat bertuah kerana diterima untuk menjalinkan kolaborasi dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Cawangan Perak bagi projek penanaman nanas.
Kolaborasi bagi projek ini antara kedua-dua pihak telah berjaya mendatangkan hasil serta murid-murid PPKI yang terlibat juga menampakkan pekembangan yang positif dari segi sikap dan juga kemahiran pengurusan diri. Mereka juga amat seronok melakukannya. Hasil jualan digunakan untuk menampung keperluan aktiviti PPKI yang masih kurang mencukupi seperti hiasan kelas, alatan dan sebagainya. Menurut Pn Samsiah, selain daripada nanas, mereka juga akan menanam tanaman yang lain seperti bendi dan terung. Pihak sekolah juga mengalu-alukan sumbangan ibubapa atau mana-mana sektor yang dapat membantu mereka untuk kepentingan murid-murid ini.
Kejayaan dan hasil telah terbukti apabila nanas yang ditanam, hasilnya mereka dapat nikmati apabila pihak sekolah tellah mengadakan jaringan dan jalinan dengan pihak FAMA untuk mempelajari cara-cara penyimpanan dan juga menghasilkan jem nanas yang dapat disimpan lama. Dengan terhasilnya jem nanas ini, murid-murid dapat menghasilkan biskut tart nanas untuk dibawa pulang sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Tahniah semua...
MEMBAWAA PULANG BISKUT TART NANAS YANG TELAH DIHASILKAN BERSAMA
AKAN MEWAKILI LMS KE NEGERI
AKTIVITI PPKI SEWAKTU PDPR