*SEKAPUR SIREH, RUANG BERMADAH*
Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung pada pembangunan pendidikan yang terancang dan bersepadu dalam kalangan semua warga sekolahnya. Sumber manusia yang dilengkapi ilmu yang selari dengan perkembangan semasa mampu mendepani cabaran era globanisasi. Generasi yang berilmu telah terbukti dapat menjamin kestabilan, kemampuan dan kemajuan sesebuah sekolah bagi melahirkan warga negara dengan kemenjadian yang unggul dari segi sahsiah, rohani dan jasmani.
Justeru itu saya bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnian-Nya Sekolah Kebangsaan Perempuan Treacher Methodist ini telah dapat merancangkan pengurusan sekolah dengan lancar dan berkesan, memandangkan sekolah ini juga merupakan sekolah Tranformasi 25 merupakan sebahagian usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dan PDPC selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 -2025).Saya pasti dengan barisan pengurusan yang cekap dan kebersamaan warga sekolah, sudah pasti ianya akan tergapai kecemerlangannya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat dan warga sekolah yang sama-sama berganding bahu dalam pelbagai aspek tanpa mengira penat lelah demi merealisasikan hala tuju sekolah.
Saya akan berusaha untuk meneruskan kecemerlangan sekolah ini dan memastikan segala aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlaksana dengan jayanya. Paling penting ialah hala tuju yang berfokuskan kepada kemenjadian seorang insan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan ko kurikulum selaras dengan saranan KPM untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Saya yakin Sekolah Kebangsaan Perempuan Treacher Methodist akan sentiasa bersinar sebagai sebuah permata yang sangat berharga.
Sebagai pemimpin sekolah, saya mengharapkan sokongan padu daripada seluruh warga sekolah, guru, murid dan ibubapa serta komuniti untuk menjayakan tugas dan merealisasikan segala impian dan harapan menjadi realiti.
Sekian, terima kasih.
Pn. Hjh Kasma Binti Hj Mohamad Saaid
Guru Besar,
SK Bukit Jana,